Wednesday, November 3, 2010

Ahli politik Eropah akan lawat Jerusalem, Tebing Barat dan bertemu pegawai-pegawai Palestin

Selasa, 02/11/2010 - Delegasi berprofil tinggi yang terdiri daripada ahli-ahli politik Negara-negara Eropah dijadualkan melawat Jerusalem dan Tebing Barat pada hari Ahad untuk menyaksikan sendiri kekejaman rejim Zionis di sana serta bertemu dengan pegawai-pegawai dan rakyat Palestin.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perhubungan Eropah-Palestin (CEPR) menyatakan bahawa delegasi yang terdiri daripada ahli-ahli politik Eropah yang diketuai oleh seorang anggota Parlimen Eropah, Gerald Kaufman akan berlepas ke Jerusalem dan Tebing Barat untuk melihat dengan lebih dekat impak negatif yang berlaku hasil daripada penjajahan rejim Zionis ke atas wilayah Palestin.

Delegasi itu juga akan melawat ibupejabat Palang Merah di Jerusalem untuk bertemu dengan para penggubal undang-undang dan pegawai Palestin yang menerima ancaman dibuang dari tanahair sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

kredit: http://palestinkini.info/

0 comments: