Friday, October 15, 2010

Ketua PLO menimbulkan kemarahan kerana memperakui negara Yahudi

Jumaat, 15/10/2010 – Ahli kanan PLO, Yasser Abed Rabbo telah mencetuskan kemarahan di kalangan warga Palestin disebabkan kenyataan bagi pihak berkuasa Ramallah dan Fattah yang menyatakan bahawa mereka sudi memperakui Israel sebagai negara Yahudi sebagai balasan kepada negara Palestin di sempadan pada tahun 1967.

Timbalan Jurucakap Utama bagi Jawatankuasa Perundangan Palestin, Dr Ahmed Bahar mengatakan Abed Rabbo sewajarnya didakwa di mahkamah Palestin kerana membelot terhadap hak rakyat, darah para syuhadak dan prinsip kebangsaan Palestin.

Menurut kata-kata Bahar dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu, Abed Rabbo telah melanggar prinsip-prinsip perjanjian kebangsaan Palestin dan telah memecah-belahkan rakyat Palestin. Beliau menambah, kenyataan yang dikeluarkan Yasser itu boleh membawa ancaman kepada rundingan damai Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

kredit: http://palestinkini.info/

0 comments: