Saturday, August 21, 2010

Pendatang haram Yahudi perluas kempen memanipulasi Wikipedia

Sabtu, 21/08/2010 – Sumber terbuka internet, ensiklopedia yang boleh diedit oleh penggunanya iaitu Wikipedia menjadi sasaran kerajaan haram Zionis dan NGO Yahudi sejak ianya mula diperkenalkan bagi memanipulasi isi kandungannya untuk tujuan melaksakan agenda Yahudi. Pada minggu ini, pendatang haram Yahudi melancarkan satu kursus untuk penduduk haram Israel yang berpihak sayap kanan dan berminat untuk membantu memanipulasi kandungan ensiklopedia tersebut.

Kursus terbabit yang diadakan di Jerusalem merupakan anjuran Majlis Yesha pendatang haram Yahudi dan kumpulan sayap kiri Yahudi, Israel Sheli. Kedua-dua kumpulan ini sentiasa penyokong utama pembinaan penempatan haram Yahudi yang dibina di atas tanah yang dirampas dengan kejamnya daripada penduduk Palestin di Tebing Barat.

Kira-kira 50 orang penyokong sayap kanan, termasuklah pengamal media yang tinggal di penempatan haram Yahudi menyertai kursus terbabit, yang mengajar bukan sahaja cara-cara untuk memanipulasi struktur dan gaya terbuka Wikipedia bagi mengetengahkan sejauh mungkin agenda politik Yahudi, malah turut juga mengajar cara-cara untuk profil mereka tidak dikesan bagi membolehkan mereka menyertai pihak pengelola laman terbabit.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

kredit: http://palestinkini.info/

0 comments: