Tuesday, July 6, 2010

Ulama Dunia Minta Mesir Buka Pintu Rafah

Selasa, 06/07/2010 -Ketua Persatuan Ulama Dunia, Syaikh Yusuf al Qardhawi meminta Mesir membuka terus pintu masuk Rafah yang bersempadan dengan Palestin. Beliau menyatakan Persatuan Ulama Dunia ikut serta dalam konvoi pembebasan sekatan yang akan datang menuju Semenanjung Gaza. Beliau turut memuji sikap Turki dalam masalah sekatan Gaza dan isu Palestin secara umum.

Hal tersebut disampaikan Qardhawi dalam pertemuan Persatuan Ulama Dunia di Istanbul, Turki, Rabu (30/6). Qardhawi mengatakan, “Tujuan pertemuan di Istanbul ini adalah tanda sokongan dan dokongan para ulama umat ini kepada rakyat Turki dan pemerintahnya dalam tindakan kemanusiaan mereka yang mulia berkenaan isu Palestin.”

Dalam pernyataannya Qardhawi memuji Sikap Turki yang berani dalam isu-isu umat Islam, khususnya sikapnya terhadap armada kebebasan, terhadap Gaza dan isu Palestin secara umum.”

sumber : COMES
penterjemah :  osman

kredit: http://palestinkini.info/

0 comments: