Thursday, June 17, 2010

Haniyeh : Suruhanjaya Siasatan,Penipuan Zionis Kepada Dunia

Khamis, 17/06/2010 – Perdana Menteri Palestin Ismael Haniyeh menegaskan bahawa keputusan Rejim Zionis untuk mewujudkan suatu suruhanjaya siasatan bagi menyiasat jenayah yang telah dilakukan ke atas Konvoi Kapal Bantuan ke Gaza di Kawasan Perairan Antarabangsa merupakan suatu keputusan yang tidak boleh diterima sama sekali bahkan tidak masuk akal!! Sambil menekankan kenyataan tersebut dengan berkata : “Tidak boleh sama sekali seorang algojo menjadi hakim dan mangsa di dalam waktu yang sama”

Dan Haniyeh berkata sempena perjumpaan beliau dengan delegasi-deligasi daripada Bahrain di Pusat Pentadbiran Kerajaan di Gaza pada hari Selasa 15/6 : “Sesungguhnya Pihak Berkuasa Israel cuba untuk menipu Pendapat Sedunia dan mempermainkan kehendak Hakim Antarabangsa yang mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Siasatan Antarabangsa yang bergerak di bawah pemantauan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” sambil menegaskan bahawa Kerajaan Palestin berdiri bersama-sama Turki di atas pendirianya yang menolak penubuhan suruhanjaya tersebut dan kehendak penubuhan Suruhanjaya Antarabangsa bagi menyiasat kekejaman tersebut.

Bersempena dengan lawatan Amru Mousa ke Gaza,Haniyeh telah menegaskan bahawa tindakan lanjutan pihak kerajaan terhadap hasil lawatan tersebut dan segala yang berkaitan dengan fail sekatan dan fail perjanjian damai adalah bertujuan untuk menarik perhatian umum terhadap keseriusan beliau untuk “mewujudkan kedamaian negara yang hakiki dan memperolehi kedamaian yang abadi serta melindungi hak-hak rakyat Palestin yang memilih untuk melakukan penentangan dan bersifat tabah menghadapi ujian”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : putra duad

kredit: http://palestinkini.info/

0 comments: