Monday, May 31, 2010

LAPORAN MINGGU MULTIMEDIA (M2)

 

Page1

Minggu Multimedia (M2) yang diadakan pada 15 – 22 Mei 2010 telah pun menutup tirai dengan jayanya pada hari Sabtu yang lalu.

Nak tau apa yang berlaku sepanjang M2 berlangsung?? jom kita imbau kembali perjalanan M2... =)

1) Bengkel Adobe Photoshop telah membuka tirai M2 yang diadakan pada 15 Mei 2010. Bertempat di Teater A3.3, program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran multimedia dalam kalangan peserta. Saudara Arif Safwan menjadi tenaga pengajar untuk bengkel Adobe Photoshop dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada beliau kerana telah menyampaikan input-input yang berguna kepada para peserta. Alhamdulillah, bengkel ini mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana hampir 45 orang peserta yang terdiri daripada FK, FKG dan FF hadir untuk mengikuti program ini. Namun, ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan di tengahari. Begitulah gambaran yang boleh dibuat apabila perjalanan bengkel terganggu apabila sumber kuasa yang menghubungkan kesemua laptop peserta menjadi “overheated”. Oleh yang demikian, bengkel tersebut terpaksa dihentikan dan bengkel Sony Vegas yang dijadualkan pada keesokan harinya dibatalkan. Begitulah lumrah kehidupan, manusia hanya mampu merancang dan Allah S.W.T yang menentukan. Diharap segala kelemahan yang hadir sepanjang perjalanan program akan dapat dibaiki pada masa hadapan.

2) Pada masa yang sama bengkel diadakan, booth jualan M2 turut dibuka kepada para peserta. Antara jualan yang diadakan seperti button badge, CD IMAN, makanan, minuman dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak jualan, antara yang paling mendapat sambutan adalah jualan kuih karipap. Tanpa disedari,kuih karipap telahpun habis dijual dalam sekelip mata. Tak sangka, rupa-rupanya ramai yang merindui karipap Malaysia ye.

3) Kalau nak tau, banyak lagi program yang dijalankan sepanjang M2 berlangsung. Antaranya ialah, kuiz multimedia, pertandingan poster dan video, pertandingan blog dan juga pertandingan fotografi. Hadiah yang menanti para pemenang juga sangatlah lumayan.

4) Malam penutup M2 turut diadakan di Teater A3.3. Majlis telah menjemput penceramah yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar UNPAD, iaitu Kang Indra untuk memberikan sepatah dua kata sempena dengan Hari Ibu. Aura Kang Indra berjaya membuka mata para hadirin mengenai betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu. Para hadirin dihiburkan dengan tayangan video Hari Ibu yang dilakonkan oleh pelajar UNPAD.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang M2 berlangsung. Turut diselitkan adalah penyampaian hadiah kepada pemenang kempen 1H1N. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PKPMI-CB, Muhammad Fawwaz dan diiringi oleh Pengarah M2, Izharuddin. Majlis tamat pada pukul 10.00 malam.

Setakat ini sahaja coretan yang dapat dibuat mengenai M2. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang telah memberikan komitmen dan berpenat lelah untuk memastikan M2 berjalan dengan lancar. Semoga program ini member manfaat kepada semua dan diharap program seumpama ini akan diadakan pada masa akan datang.

~~note: untuk lebih banyak gambar sempena minggu M2 sila ke galeri iman di menu di atas. Dan gambar-gambar sempena M2 tersebut akan di “update” dari semasa ke semasa.

                                                                                                              di post oleh unit UDI

0 comments: