Monday, March 22, 2010

UMMAH: PEDULI PALESTIN

BERITA SAUDARA KITA DI PALESTIN~


PALESTIN: Lagi tindakan kontroversi Israel di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS 2 Mac - Pihak berkuasa Israel hari ini mengumumkan pembinaan sebuah taman arkeologi baru di Baitulmaqdis, yang melibatkan tindakan merobohkan berpuluh-puluh rumah penduduk Arab dan memarakkan lagi kekacauan di kota suci ini.

Pejabat Datuk Bandar Baitulmaqdis, Nir Barkat dalam satu kenyataan berkata, pengumuman tersebut melibatkan pembinaan sebuah projek di Taman Raja, nama Hebrew bagi kawasan di luar Kota Lama Baitulmaqdis yang dikenali sebagai Al-Bustan di kalangan penduduk Arab.

Kawasan berkenaan adalah sebahagian daripada 'Lembah Suci', dipercayai oleh penganut Yahudi sebagai tapak Baitulmaqdis purba semasa zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.

Kini penduduk Arab menjadi majoriti di kawasan tersebut,di bahagian kota suci yang diduduki oleh Israel dalam Perang Asia Barat 1967 dan dirampas menjadi sebahagian wilayahnya dalam langkah yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Jika diteruskan, projek itu boleh memarakkan lagi kemarahan penduduk Arab berikutan pertempuran pada awal minggu ini antara penduduk Palestin dengan polis Israel yang menceroboh masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Media Israel melaporkan, rancangan berkenaan melibatkan langkah memusnahkan berpuluh-puluh rumah yang dibina tanpa permit oleh pihak berkuasa Israel, sesetengahnya berusia puluhan tahun, dan pembayaran pampasan kepada para pemiliknya dalam bentuk premis perniagaan di taman baru itu.

Projek itu juga dijangka melibatkan pemberian kelulusan untuk sebuah bangunan tujuh tingkat yang dibina tanpa permit oleh pendatang haram Yahudi pada 2004 di kawasan yang sama. Pada bulan lepas, sebuah mahkamah Israel mengarahkan bangunan itu disita. - AFP

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Rakyat PALESTIN bantah kuil Yahudi di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS 16 Mac - Berpuluh-puluh penduduk Palestin bertempur dengan polis Israel di timur Baitulmaqdis hari ini, 'Hari Kemarahan' yang diisytiharkan Hamas sebagai protes kepada pembukaan kuil Yahudi di bandar suci ini.
Keganasan itu menjadi cabaran terbaru kepada usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menghidupkan semula rundingan damai Asia Barat selepas Israel membangkitkan kemarahan Palestin dan bertelingkah dengan Washington berhubung pengumuman rancangan pembinaan 1,600 kediaman haram pendatang Yahudi dekat timur Baitulmaqdis.

Penduduk Palestin melontar batu ke arah polis Yahudi selain membakar tayar dan tong sampah di beberapa kawasan di timur Baitulmaqdis, yang dijajah Israel bersama Tebing Barat dalam perang pada tahun 1967.
Polis Israel membalas dengan gas pemedih mata dan peluru getah, kata saksi. Kira-kira 40 penduduk Palestin dirawat di hospital timur Baitulmaqdis kerana cedera ringan.

Jurucakap polis berkata, seramai 3,000 anggota diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas Hamas menyeru agar protes anti-Israel diadakan.

"Kami meminta penduduk Palestin memperingati Selasa sebagai hari kemarahan ke atas tindakan penjajah (Israel) di Baitulmaqdis menentang Masjid Al-Aqsa," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Hamas.
Hamas dan pegawai Palestin yang mempunyai kaitan dengan pergerakan Fatah menyatakan kerja pemulihan kuil Hurva di Kuarters Yahudi, Kota Lama Baitulmaqdis yang membahayakan Masjid al-Aqsa yang terletak hanya 400 meter jauh.
Israel menafikan hal tersebut.

Majlis perasmian yang diadakan semalam di rumah ibadat itu, yang diletupkan oleh tentera Jordan semasa mereka menakluk Kuarters Yahudi dalam Perang Asia Barat 1948. Israel menjajah semula kawasan itu 19 tahun kemudian.
Keganasan tercetus sejak beberapa minggu lalu di Baitulmaqdis selepas Israel memutuskan untuk memasukkan tapak suci di Tebing Barat dalam rancangan warisan kebangsaan Yahudi menimbulkan kemarahan penduduk Palestin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Israel sahkan cadangan penempatan baru di Al Quds.

Ahad, 21/03/2010 – Jawatankuasa Cadangan dan Bangunan Israel teleh bersetuju cadangan baru pembangunan penempatan di bandar al-Quds. Cadangan itu dipersetujui ketika seluruh rakyat Palestin menolak cadangan penembatan baru Zionis ini. Pihak Zionis bercadang membina sebanyak 1600 unit rumah. Cadangan itu turut mendapat persetujuan Amerika.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hamas anjur demo membela Al-Quds.

Ahad, 21/03/2010 – HAMAS minggu lepas telah menganjur dan menggesa untuk seluruh rakyat Palestin agar sama-sama berdemo di Gaza. Demo itu bertujuan untuk memberi isyarat kepada dunia agar membela dan menolak kekerasan apa yang berlaku di bandar al-Quds dan masjid al-Aqsa. Demo kali ini akan turut disertai oleh pelbagai peringkat pimpinan di Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari Marah: Intifadah (kebangkitan) meletus di bandar al-Quds

Ahad, 21/03/2010 – Ratusan penduduk dalam bandar al-Quds menunaikan solat subuh Selasa lepas bersebelahan Masjid al-Aqsa, atau lebih tepat di sisi pintu al-Asbat, setelah pihak keselamatan Zionis menghalang sesiapa yang berumur kurang daripada 50 tahun daripada bersembahyang di dalam Masjid al-Aqsa.

Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa berkata dalam satu kenyataan yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa pihak keselamatan Zionis menceroboh orang yang sedang sembahyang selepas solat subuh hari Selasa (16/3) menyebabkan beberapa pertempuran berlaku berdekatan dengan pintu al-Asbat, al-Isawiyyah dan perkhemahan Sha’fat.

Pusat Media al-Quds menegaskan beberapa pemuda membakar tayar kereta menyebabkan beberapa pertempuran di sana-sini kerana membantah pencerobohan yang dilakukan oleh pihak Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Ribuan protes di Gaza.
Ahad, 21/03/2010 – Ribuan rakyat mengikuti demonstrasi di Semenanjung Gaza hari ini untuk memprotes pembukaan semula sebuah rumah ibadat abad ke-17 di Baitulmaqdis.

“Dengan darah kami, dengan jiwa kami, kami korban untuk anda, Baitulmaqdis,” teriakan dari orang ramai yang kebanyakannya pelajar sekolah saat mereka melambaikan bendera Palestin dan mengangkat poster-poster “Dome of the Rock” di bandar Baitulmaqdis.

Demonstrasi diadakan di bandar-bandar di Gaza, termasuk Jabaliya, Beit Lahiya, Khan Yunis dan Rafah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : nurul

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5 cedera bertempur dengan rejim Zionis mempertahankan Baitulmaqdis

Ahad, 21/03/2010 – Sekurang-kurangnya lima orang tercedera tengahari Selasa lalu dalam pertempuran antara penduduk Palestin dan tentera Israel di desa Ni’lin, Ramallah, Tebing Barat selepas orang ramai mengadakan tunjuk perasaan bagi mempertahankan Baitulmuqaddis.

Salah Al-Khawaja, jurucakap Jawatankuasa Rakyat terhadap tembok di Ni’lin, berkata: “ratusan warga desa dan mahasiswa terlibat dalam demonstrasi massa untuk kempen mempertahankan Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa. Namun, pasukan penceroboh Israel menghadapi mereka dengan melepaskan peluru dan gas pemedih mata. ”

Khawaja menjelaskan dua orang telah tercedera akibat peluru getah Israel sementara tiga yang lain sesak nafas disebabkan oleh semburan gas pemedih mata.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

150 cedera bertempur pertahan Masjid al-Aqsa.

Ahad, 21/03/2010 – Seramai 150 rakyat Palestin cedera setelah pertempuran berterusan berlaku semenjak waktu Subuh dengan pasukan keselamatan Zionis di beberapa kawasan di Tebing Barat dan bandar al-Quds, setelah pihak Zionis mengisytiharkan pembukaan apa yang didakwa sebagai Kuil Yahudi al-Kharab di bandar al-Quds.

Beberapa sumber perubatan seperti Palang Merah dan Persatuan Sukarelawan Arab memberitahu Pusat Media Palestin bahawa 50 kes kecederaan dilaporkan dan mereka yang tercedera dipindahkan ke beberapa buah hospital setelah mengalami kecederaan kerana terkena peluru getah pihak Zionis, di beberapa kawasan di bandar al-Quds seperti al-Isawiyyah, Ra’sul ‘Amud, Shaykh Jarrah dan lain-lain.

Sumber tersebut juga menambah bahawa bantuan perubatan juga telah diberikan kepada lebih 100 kes di tempat kejadian seperti sesak nafas kerana terhidu gas pemedih mata. Sumber itu juga memaklumkan pihak Zionis menghalang pihak perubatan daripada memasuki kawasan terbabit yang menyaksikan pertempuran sengit, bahkan pihak perbandaran juga dihalang dan peralatan mereka dirampas.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

15 cedera dalam serangan terbaru rejim Zionis di Rafah.

Ahad, 21/03/2010 – Seramai 15 warga Palestin tercedera Jumaat malam lepas ketika pesawat pejuang Israel menghentam sebuah bandar lama di Jalur Gaza selatan kota Rafah dan berhampiran terowong penyeludupan di sempadan Gaza-Mesir, kata para pegawai rumah sakit.

Israel F-16 jet menjatuhkan bom di lapangan terbang antarabangsa di Rafah , mencederakan lebih daripada 15 orang yang mengumpulkan kerikil ketika itu, kata saksi. 15 yang cedera kemudian dibawa ke rumah sakit, menurut sumber-sumber perubatan di Abu Yousef Al-Najjar Hospital.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : gunx

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lebih Peduli:

http://palestinkini.info/

http://www.infopalestina.com/ms/



**Saudara kita di sana bermati-matian berjuang membela Al-Aqsa..ayuh,doakan mereka~!jgn hanya bersuka-ria disini,bergoyang kaki,santai di zon selesa..sedangkan saudara kita disana sedang berjihad, mencari syahid. Segalanya bermula dari diri sendiri..keadaan umat Islam semakin parah..muhasabah lah diri andai masih berfikir hal2 remeh,masih berfikir utk melakukan maksiat..sedangkan tanggungjawab sebagai muslim sentiasa memanggilmu.luruskan Aqidah,murnikan akhlak..ALLAHU AKBAR~

"Ya Allah,lindungilah saudara2 kami di Palestin dari kejahatan Zionis Israel,leburkan kumpulan mereka,kacau-bilaukan persatuan mereka,cerai-beraikan pakatan mereka & goncangkanlah pendirian mereka..Ya Qahhar,Ya Jabbar,Ya Muntaqim.. Wahai Tuhan Yg menurunkn Al-Quran,Yg Mengarakkan awan,Yg Menewaskan tentera Ahzab, kalahkan mereka (3x) & menangkanlah umat Islam ke atas mereka~ameen2 ya rabb."

0 comments: