Sunday, March 14, 2010

hari berpuasa dan berdoa sedunia demi Al-Aqsa






Sekumpulan aktivis internet
yg beragama Islam di laman sosial Facebook
melancarkan seruan kepada umat Islam seluruh dunia
untuk menjadikan hari  
Isnin, 15/3/2010 sebagai 
'Hari Berpuasa dan Berdoa Sedunia Demi Al-Aqsa'.

Kini, Masjidil Aqsa semakin dahsyat dirosakkan oleh Zionis.

Masjidil Aqsa dalam bahaya!

Penjajah Israel telah menutup pintu-pintu Masjidil Aqsa
kecuali beberapa pintu dan telah menutup 2 buah sekolah.
Sekolah pertama ialah Madrasah Al-Aqsa At-Thanawiah
(sekolah menengah) untuk pelajar perempuan
yg terletak di dalam masjid,
berdekatan dengan Bab As-Silsila.

Pelajar-pelajar perempuan telah dihalau keluar.
Sekolah yg kedua pula ialah
Madrasah At-Thanawiah As-Syar'iyah
yg juga terletak di dalam masjid,
berdekatan Bab Al-Asbat dan Bab Al-Hittah.

Agensi-agensi keagamaan dan kebangsaan
menggesa penduduk supaya menuju ke bandar Al-Quds
dengan sepenuh kemampuan mereka.

Pemerintah Israel dan kumpulan-kumpulan ekstrimis Yahudi
telah mengisytiharkan bahawa mereka sedang bersiap 
untuk membuka Kuil Al-Kharab, 
kuil terbesar Yahudi di bandar itu 
yg terletak tidak lebih dari 10 meter dari Masjidil Aqsa, 
dalam 2 hari sahaja lagi.


Syeikh Ikrimah Sobri, 
Ketua Majlis Tertinggi menegaskan bahawa penjajah Israel 
berusaha untuk melemahkan kewujudan Islam di Masjidil Aqsa 
melalui cara menutup sudut-sudut Islam di situ 
(seperti sekolah) 
dan menghalang orang Islam yg berusia kurang dari 50 tahun 
untuk memasuki masjid.

Ketua Harakah Islamiah di Palestin, 
Syeikh Raid Solah berkata, 
perancangan Israel kali ini merangkumi pembukaan Kuil Al-Kharab 
yg dianggap sebagai permulaan kepada pembinaan 
apa yg disebut sebagai Haikal Ketiga.

Muassasah Al-Aqsa lil Waqf wa At-Turath 
menyatakan perancangan ini akan berpanjangan selama 3 hari, 
iaitu Ahad, Isnin dan Selasa, 
merangkumi pembukaan Kuil Al-Kharab 
dan seruan untuk membanjiri bandar itu pada hari Selasa 
iaitu padahari yg didakwa 
'Hari Sedunia Untuk Membina Haikal' .

Muassasah Al-Bayariq li Ihya Masjidil Aqsa Al-Mubarak menyatakan, 
bas-bas dari kampung-kampung 
dan bandar-bandar Palestin 
berjaya tiba ke destinasi 
untuk umat Islam menunaikan solat di Masjidil Aqsa 
walaupun menerima sekatan demi sekatan 
dari penjajah Israel yg menghalang kemasukan mereka.

Mereka menjelaskan lagi, 
pihak penjajah Israel telah cuba untuk menghalang kemasukan bas-bas ke bandar Al-Quds 
sejak waktu malam dan awal pagi, 
di mana sekatan keselamatan diadakan di pintu masuk bandar. 
Tetapi desakan umat Islam akhirnya membolehkan mereka masuk juga. 
Sebanyak lebih kurang 30 buah bas telah berjaya tiba ke destinasi 
dan 3 bas telah ditahan masuk.

Sumber: http://www.islamonline.net/

0 comments: